Monday 12 December 2011

Kesahan dan Kebolehpercayaan

apa akan jadi sekiranya ujian yang dilakukan tidak sah?
Antaranya ialah:
  • kualitinya akan dipertikaikan
  • kita juga tidak dapat menguji taha kefahaman para pelajar
  • seterusnya, kita tidak dapat menilai sejauh mana kefahaman yang pelajar miliki. 
Apakah maksud Kesahan?
Kesahan adalah darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep yang tertentu yang hendak diukur oleh penilai.

Jenis Kesahan
1. Kesahan Instrumen  ( tidak ada kesahan instrumen)
2. Kesahan Insferens (ianya banyak bergantung kepada kesahan instrumen)

Kesahan Instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur

  • sesuai
  • bermakna
  • berguna

Kategori kesahan instrumen yang akan mempebgaruhi kesahan inferens yang akan dibuat:

  •  Kesahan Kandungan
  •  Kesahan Kriteria
  •  Kesahan Konstruk

Kebolehpercayaan?
 merujuk kepada ketekalan(consistency) alat pengukur dalam mengukur aspek yg hendak diukur

  • Tentukan Kebolehpercayaan
  • Kaedah uji-uji semula
  • ukuran kesetaraan
  • Ketekalan antara pemeriksa
  • Ketekalan Dalaman
  • kaedah belah dua


Kaitan antara  Kesahan dan Kebolehpercayaan
1. Ujian perlu sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk membolehkan kesimpulan atau inferens yang dibuat daripada skor yang diperolehi itu sah
2. kesahan lebih penting daripada kebolehpercayaan

Friday 9 December 2011

Penaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Penaksiran
Penaksiran ialah proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka boleh lakukan.

Tujuan dan Jenis Penaksiran:

TUJUAN
JENIS
Mengenal pasti kelemahan dan kesediaan belajar
Penaksiran diagnostik
Mempelbagaikan penaksiran secara berkala bagi tujuan penaksiran sumatif
Penaksiran formatif (formative assessment)
Membantu pelajar belajar secara berterusan
Penaksiran untuk pembelajaran (assessement for learning dan assessment as learning)
Memberi gred
Melapor kepada pihak luar
Membuat keputusan tentang sesuatu tindakan
Penaksiran sumatif (summative assessment) atau penaksiran hasil pembelajaran (assessment of learning)


Perbezaan Assessmment for Learning dan Assessment as Learning


Assessment for learning
Assessment as learning
Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan kriteria yang merujuk kepada hasil pembelajaran yang diharapkan
Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan prestasi kendiri sebelumnya


Pengkelasan mengikut darjah keutamaan antara faktor ekonomi, ketulenan (autentik), dengan kebolehpercayaan.


Faktor  yang diutamakan
Jenis
Ketulenan (authenticity)
Penaksiran autentik atau penaksiran alternatif
Ekonomi dan kebolehpercayaan
Penaksiran konvensional/ tradisional atau pengujian


Penaksiran Diagnostik dapat mengetahui kemlemahan dan kesediaan pelajar dengan melakukan ujian diagnostik

Penaksiran Sumatif untuk mengumpul data apa yang pelajar tahu di sesuatu unit di setiap akhir topik, akhit semester dan sebagainya.

Penaksiran Formatif dapat mempelbagaikan penaksiran secara berskala bagi tujuan penaksiran sumatif

Pengujian
Pengujian ialah proses mengumpul data secara sistematik di bawah keadaan yang terkawal dan seragam.

Pengukuran
proses dimana skala standard @ alat pengukur diaplikasikan kepada objek, peristiwa atau keadaan contohnya memberi markah.

Penilaian ialah proses membandingkan data (pengukuran) kepada satu standard @ kriteria dengan tujuan menentukan kualiti atau nilai harganya.

Teknik Memupuk Pemikiran Analitikal dan Kreatif

sebelum memulakan pembelajaran minggu ini, kami membuat perbincangan dalam kumpulan tentang kaedah pembelajran yang telah kami pelajari sebelum ini iaitu:

  • Pembelajaran Inkuiri
  • Pembelajaran Berasakan Pemikiran(Thinking Base Learning)
  • Pembelajaran Berasaskan Masalah( Problem Base Learning)
  • Pembelajaran Koperatif
  • Pembelajaran Berasakan Projek(Project base Learning)

1. Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah satu kaedah pembelajaran yang dimulai dengan satu persoalan utama dan memerlukan pelajar merancang, menyiasat, menganalisis data, menjawap soalan dan berkongsi maklumat.

2. Pembelajaran Berasakan Pemikiran ialah satu kaedah pembinaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis secara terus atau eksplisit

3. PBL ialah pembelajaran yang dimulakan dengan satu masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan mempunyai beberapa penyelesaian

4. Pembelajaran Koperatif ialah pembelajaran yang memerlukan pelajar bekerja dalam kumpulan yang dibahagikan secara heterogenous untuk mencapai matlamat yang sama berasaskan 5 prinsip pembelajaran koperatif iaitu saling bergantungan secara positif, akauntabiliti atau penanggungjawaban individu, interaksi bersemuka, pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit, pemprosesan kumpulan.

5. Pembelajaran berasaskan projek ialah kaedah pembelajaran dimana pelajar melakukan projek dan menghasilkan produk

Maksud Pemikiran:

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Pemikiran analitik merupakan satu operasi kognitif yang memerlukan kita melihat sesuatu butiran secara mendalam dan terperinci

Pemikiran Kreatif
  • Kecekapan menggunakan minda untukMenjana dan menghasilkan idea
  • Mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
  • Menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah

Kaedah analogi diguna untuk membina jambatan konsep untuk pelajar bagi menghubungkan apa yang diketahui (konsep analog) dengan apa yang baru (konsep target).

Terdapat 6 langkah utama dalam Model Pengajaran dengan Analogi (Glynn, 1995)
  1.  Perkenalkan konsep target
  2.   Ulang kaji konsep analog
  3. Kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog
  4.   Petakan ciri yang serupa
  5. Tunjukkan di mana analogi tidak lagi sepadan
  6.  Buat kesimpulan 


Contoh analog dan target:
Solar System (Analog)
Atom (Target)
Sun
Nucleus
Planets
Electrons
Sun attract Planet
Nucleus attract electron
Sun is more massive than planet
Nucleus is more massive than electron


Tuesday 29 November 2011

Miskonsepsi Fizik

Definisi:
salah kefahaman yang berbeza daripada kefahaman sains yang di terima pakai pada satu-satu masa

Ciri-ciri:
sukar di ubah
berpunca dri pengalaman
kurang kefahaman

Contoh miskonsepsi:

  •  tekanan dalam cecair bertindak ke bawah
  • tekanan dalam cecair bergantung pada saiz dan bentuk bekas dan luas permukaan


Kemahiran asas
to determine numerical value of the concept

contoh:
Bagaimana menyiasat hubungan tekanan dalam cecair dengan kedalaman?
tekanan dalam cecair boleh ditentukan dengan mengukur,
 jarak mengufuk pancutan air = tekanan cecair


Operasi Definisi
definisi yang menghuraikan langkah untuk mengambil nilai sesuatu konsep

kita dapat mengira luas daun dengan menghitung jumlah petak

Penaakulan nisbah dan Bahagi
        Bagi kuantiti fizik dengan dimensi yang sama, nilai berangka hasil nisbah digunakan sebagai perbandingan, iaitu berapa kali lebih besar (atau lebih kecil) satu kuantiti berbanding kuantiti yang satu lagi.
contoh:
a) 5kg/ 3= 1.67
1.67 merujuk kepada jumlah jisim barang yang boleh diperolehi dengan harga 1 ringgit
b) 8kg/km
8 merujuk kepada jumlah jisim yang terkandung dalam 1m3  isipadu 




Thursday 24 November 2011

Thinking Base Learning

Bloom's Taxonomy


1. Pengetahuan
ciri-ciri: 
mengingat semula apa yang telah di pelajari sepert istilah, fakta, prinsip dan prosedur
tiada manipulasi atau interpretasi

contoh kata kerja:
melabel, melakar, melukis, memerihal, mendefinisi, mengenal pasti, mentakrif, menulis, menyatakan dan menyenarai.

2. Kefahaman
ciri-ciri:
interpretasi mudah
menunjukkan bukti yang pelajar faham
kebolehan menggunakan maklumat
mengubah ke bentuk baru

contoh kerja:
membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menerangkan, menganggar, menukar, meramalkan dan merumus.

3. Aplikasi
ciri-ciri:
penggunaan idea, teori , prinsip, kaedah atau situasi baru
mengaplikasikan peraturan, idea, konsep, prinsip
pemindahan pembelajaran

contoh kata kerja
menyelesaikan dan menunjukkan

4. Analisis
ciri-ciri:
memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen

contoh kata kerja:
membezakan dan mengenalpasti

5. Sintesis
ciri-ciri
kebolehan menggabungkan atau menyusun bahagian-bahagian dan menjadikannya satu pola, struktur sistem yang baru yg tidak wujud sebelum ini.

contoh kata kerja
berkomunikasi, membina,membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk cipta dan meringkaskan.

6. Penilaian
ciri-ciri
membuat pertimbangan (judgement) nilai ke atas sesuatu bahan,idea kaedah bagi sesuatu tujuan
membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memnuhi sesuatu kriteria
penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dalam

contoh kata kerja:
membuat keputusan, menaksir, mengkritik, menjustifikasi dan mentafsir

Pada hari tersebut, kami telah belajar 6 aras pemikiran bloom's taksonomi iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. kami telah menjawab beberapa soalan bagi mengenal pasti aras pemikiran yang betul

Tuesday 22 November 2011

prinsip pembelajaran koperatif

hari ini kami telah membincangkan tentang prinsip-prinsip pembelajaran koperatif dan teknik pembelajaran koperatif.

  1.  setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli yang di kenali sebagai kumpulan ASAL.
  2.  selepas itu, setiap ahli mempunyai nombor masing-masing iaitu nombr 1-5.
  3.  mengikut nombor yang sama, setiap ahli membentuk kumpulan PAKAR.
  4.  pensyarah memberi tajuk yang patut di bincangkan bersama dalam ahli kumpulan
  5.  ahli kumpulan berbincang tentang prinsip dan teknik yang mana kumpulan kami mendapat teknik Group Investigation (GI)
  6. selepas 20 minit kami diminta kembali kepada kumpulan ASAL dan menerangkan apa yang dibincang di dalam kumpulan PAKAR
  7.  setelah 30 minit berbincang, pensyarah memberi soalan menggunakan teknik Numbered Head Together untuk memperoleh markah bonus kepada kumpulan yang memperoleh markah yang tertinggi.


Definisi
1 kaedah pembelajaran yang memerlukan pelajar bekerja secara kumpulan yang merangkumi prinsip pembelajaran secara koperatif iaitu kemahiran koperatif , saling bergantungan positif, interaksi semula, akauntabiliti koperatif dan pemprosesan kumpulan.

terdapat 5 prinsip pembelajaran secara koperatif iaitu:

1. saling bergantungan positif

Saling pergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan adalah serupa dan mereka adalah saling bergantung di antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Semua ahli kumpulan perlu mengambil berat tentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan sekumpulan. Ini bermakna semua ahli mesti berjaya sebelum kumpulan boleh dianggap sudah
berjaya.

2. interaksi semula


Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain secara bersemuka. Sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka dapat membantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.

3. akauntabiliti individu


Setiap orang ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap orang ahli kumpulan akan menjadi individu yang lebih berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan sesuatu
tugasan kumpulan secara berkoperatif, setiap orang ahli kumpulan mesti berupaya menyiapkan tugasan yang serupa secara bersendirian.

4. pemprosesan kumpulan


Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian kumpulan yang dilakukan oleh kumpulan itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan meminta ahli-ahli kumpulan berbincang sejauh manakah kumpulan mereka telah mencapai matlamatnya dan juga setakat manakah hubungan baik untuk bekerjasama telah dikekalkan
ke arah mencapai matlamat itu. Semasa pemprosesan kumpulan dijalankan, ahli-ahli kumpulan akan menghuraikan tingkah laku yang telah membantu dan juga tingkah laku yang tidak membantu kumpulan mencapai matlamatnya. Seterusnya, mereka akan membuat keputusan tentang tingkah laku apakah yang perlu dikekalkan dan tingkah laku apa pula yang perlu diubah. Ini bermakna masa khas perlu diberikan kepada kumpulan untuk merenung kembali dan menilai tingkah laku setiap orang ahli dan juga pencapaian kumpulan.


5. kemahiran koperatif


Manusia tidak dilahirkan dengan naluri untuk berinteraksi secara berkesan dengan orang lain (Johnson, Johnson & Holubec, 1990). Justeru itu, kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang lain tidak akan wujud secara automatis apabila ia diperlukan. Pelajar-pelajar mesti diajar dan juga didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif. Kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkan komunikasi, mewujudkan kepercayaan, memperbaiki proses membuat keputusan, dan melicinkan pengurusan konflik dalam kumpulan.

Teknik Pembelajaran Koperatif


  • JIGSAW
  • STAD – Student Teams Achievement Divisions
  • GI – Group Investigation
  • TGT – Teams Games Tournaments
  • TAI – Teams Accelerated Instruction
  • Numbered Heads Together

Sunday 20 November 2011

saya, teknologi & media

Apa itu teknologi??
Peralatan, mesin, bahan, konsep, kaedah dan cara yg dapat membantu dan memudah cara penyampaian maklumat dari pembawa maklumat daripada sumber kepada penerima maklumat.

contoh: komputer, radio, televisyen, telefon bimbit, ipad, mesin fotostat, mesin pencetak, dakwat


Media??
Saluran atau medium untuk menyampaikan maklumat dari pembawa maklumat daripada sumber kepada penerima.

contoh: internet(blog,facebook), perisian (pdf,adobe, microsoft office), surat khabar

Perbezaan teknologi dan media:
teknologi adalah peralatan fizikal yang membantu menyampaikan maklumat manakala media ialah saluran untuk menyampaikan maklumat