Tuesday 22 November 2011

prinsip pembelajaran koperatif

hari ini kami telah membincangkan tentang prinsip-prinsip pembelajaran koperatif dan teknik pembelajaran koperatif.

  1.  setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli yang di kenali sebagai kumpulan ASAL.
  2.  selepas itu, setiap ahli mempunyai nombor masing-masing iaitu nombr 1-5.
  3.  mengikut nombor yang sama, setiap ahli membentuk kumpulan PAKAR.
  4.  pensyarah memberi tajuk yang patut di bincangkan bersama dalam ahli kumpulan
  5.  ahli kumpulan berbincang tentang prinsip dan teknik yang mana kumpulan kami mendapat teknik Group Investigation (GI)
  6. selepas 20 minit kami diminta kembali kepada kumpulan ASAL dan menerangkan apa yang dibincang di dalam kumpulan PAKAR
  7.  setelah 30 minit berbincang, pensyarah memberi soalan menggunakan teknik Numbered Head Together untuk memperoleh markah bonus kepada kumpulan yang memperoleh markah yang tertinggi.


Definisi
1 kaedah pembelajaran yang memerlukan pelajar bekerja secara kumpulan yang merangkumi prinsip pembelajaran secara koperatif iaitu kemahiran koperatif , saling bergantungan positif, interaksi semula, akauntabiliti koperatif dan pemprosesan kumpulan.

terdapat 5 prinsip pembelajaran secara koperatif iaitu:

1. saling bergantungan positif

Saling pergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib ahli-ahli sekumpulan adalah serupa dan mereka adalah saling bergantung di antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Semua ahli kumpulan perlu mengambil berat tentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan sekumpulan. Ini bermakna semua ahli mesti berjaya sebelum kumpulan boleh dianggap sudah
berjaya.

2. interaksi semula


Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain secara bersemuka. Sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka dapat membantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.

3. akauntabiliti individu


Setiap orang ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap orang ahli kumpulan akan menjadi individu yang lebih berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan sesuatu
tugasan kumpulan secara berkoperatif, setiap orang ahli kumpulan mesti berupaya menyiapkan tugasan yang serupa secara bersendirian.

4. pemprosesan kumpulan


Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian kumpulan yang dilakukan oleh kumpulan itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan meminta ahli-ahli kumpulan berbincang sejauh manakah kumpulan mereka telah mencapai matlamatnya dan juga setakat manakah hubungan baik untuk bekerjasama telah dikekalkan
ke arah mencapai matlamat itu. Semasa pemprosesan kumpulan dijalankan, ahli-ahli kumpulan akan menghuraikan tingkah laku yang telah membantu dan juga tingkah laku yang tidak membantu kumpulan mencapai matlamatnya. Seterusnya, mereka akan membuat keputusan tentang tingkah laku apakah yang perlu dikekalkan dan tingkah laku apa pula yang perlu diubah. Ini bermakna masa khas perlu diberikan kepada kumpulan untuk merenung kembali dan menilai tingkah laku setiap orang ahli dan juga pencapaian kumpulan.


5. kemahiran koperatif


Manusia tidak dilahirkan dengan naluri untuk berinteraksi secara berkesan dengan orang lain (Johnson, Johnson & Holubec, 1990). Justeru itu, kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang lain tidak akan wujud secara automatis apabila ia diperlukan. Pelajar-pelajar mesti diajar dan juga didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif. Kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkan komunikasi, mewujudkan kepercayaan, memperbaiki proses membuat keputusan, dan melicinkan pengurusan konflik dalam kumpulan.

Teknik Pembelajaran Koperatif


  • JIGSAW
  • STAD – Student Teams Achievement Divisions
  • GI – Group Investigation
  • TGT – Teams Games Tournaments
  • TAI – Teams Accelerated Instruction
  • Numbered Heads Together

No comments:

Post a Comment