Thursday, 24 November 2011

Thinking Base Learning

Bloom's Taxonomy


1. Pengetahuan
ciri-ciri: 
mengingat semula apa yang telah di pelajari sepert istilah, fakta, prinsip dan prosedur
tiada manipulasi atau interpretasi

contoh kata kerja:
melabel, melakar, melukis, memerihal, mendefinisi, mengenal pasti, mentakrif, menulis, menyatakan dan menyenarai.

2. Kefahaman
ciri-ciri:
interpretasi mudah
menunjukkan bukti yang pelajar faham
kebolehan menggunakan maklumat
mengubah ke bentuk baru

contoh kerja:
membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menerangkan, menganggar, menukar, meramalkan dan merumus.

3. Aplikasi
ciri-ciri:
penggunaan idea, teori , prinsip, kaedah atau situasi baru
mengaplikasikan peraturan, idea, konsep, prinsip
pemindahan pembelajaran

contoh kata kerja
menyelesaikan dan menunjukkan

4. Analisis
ciri-ciri:
memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen

contoh kata kerja:
membezakan dan mengenalpasti

5. Sintesis
ciri-ciri
kebolehan menggabungkan atau menyusun bahagian-bahagian dan menjadikannya satu pola, struktur sistem yang baru yg tidak wujud sebelum ini.

contoh kata kerja
berkomunikasi, membina,membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk cipta dan meringkaskan.

6. Penilaian
ciri-ciri
membuat pertimbangan (judgement) nilai ke atas sesuatu bahan,idea kaedah bagi sesuatu tujuan
membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memnuhi sesuatu kriteria
penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dalam

contoh kata kerja:
membuat keputusan, menaksir, mengkritik, menjustifikasi dan mentafsir

Pada hari tersebut, kami telah belajar 6 aras pemikiran bloom's taksonomi iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. kami telah menjawab beberapa soalan bagi mengenal pasti aras pemikiran yang betul

No comments:

Post a Comment