Monday 12 December 2011

Kesahan dan Kebolehpercayaan

apa akan jadi sekiranya ujian yang dilakukan tidak sah?
Antaranya ialah:
  • kualitinya akan dipertikaikan
  • kita juga tidak dapat menguji taha kefahaman para pelajar
  • seterusnya, kita tidak dapat menilai sejauh mana kefahaman yang pelajar miliki. 
Apakah maksud Kesahan?
Kesahan adalah darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep yang tertentu yang hendak diukur oleh penilai.

Jenis Kesahan
1. Kesahan Instrumen  ( tidak ada kesahan instrumen)
2. Kesahan Insferens (ianya banyak bergantung kepada kesahan instrumen)

Kesahan Instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur

  • sesuai
  • bermakna
  • berguna

Kategori kesahan instrumen yang akan mempebgaruhi kesahan inferens yang akan dibuat:

  •  Kesahan Kandungan
  •  Kesahan Kriteria
  •  Kesahan Konstruk

Kebolehpercayaan?
 merujuk kepada ketekalan(consistency) alat pengukur dalam mengukur aspek yg hendak diukur

  • Tentukan Kebolehpercayaan
  • Kaedah uji-uji semula
  • ukuran kesetaraan
  • Ketekalan antara pemeriksa
  • Ketekalan Dalaman
  • kaedah belah dua


Kaitan antara  Kesahan dan Kebolehpercayaan
1. Ujian perlu sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk membolehkan kesimpulan atau inferens yang dibuat daripada skor yang diperolehi itu sah
2. kesahan lebih penting daripada kebolehpercayaan

Friday 9 December 2011

Penaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Penaksiran
Penaksiran ialah proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka boleh lakukan.

Tujuan dan Jenis Penaksiran:

TUJUAN
JENIS
Mengenal pasti kelemahan dan kesediaan belajar
Penaksiran diagnostik
Mempelbagaikan penaksiran secara berkala bagi tujuan penaksiran sumatif
Penaksiran formatif (formative assessment)
Membantu pelajar belajar secara berterusan
Penaksiran untuk pembelajaran (assessement for learning dan assessment as learning)
Memberi gred
Melapor kepada pihak luar
Membuat keputusan tentang sesuatu tindakan
Penaksiran sumatif (summative assessment) atau penaksiran hasil pembelajaran (assessment of learning)


Perbezaan Assessmment for Learning dan Assessment as Learning


Assessment for learning
Assessment as learning
Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan kriteria yang merujuk kepada hasil pembelajaran yang diharapkan
Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan prestasi kendiri sebelumnya


Pengkelasan mengikut darjah keutamaan antara faktor ekonomi, ketulenan (autentik), dengan kebolehpercayaan.


Faktor  yang diutamakan
Jenis
Ketulenan (authenticity)
Penaksiran autentik atau penaksiran alternatif
Ekonomi dan kebolehpercayaan
Penaksiran konvensional/ tradisional atau pengujian


Penaksiran Diagnostik dapat mengetahui kemlemahan dan kesediaan pelajar dengan melakukan ujian diagnostik

Penaksiran Sumatif untuk mengumpul data apa yang pelajar tahu di sesuatu unit di setiap akhir topik, akhit semester dan sebagainya.

Penaksiran Formatif dapat mempelbagaikan penaksiran secara berskala bagi tujuan penaksiran sumatif

Pengujian
Pengujian ialah proses mengumpul data secara sistematik di bawah keadaan yang terkawal dan seragam.

Pengukuran
proses dimana skala standard @ alat pengukur diaplikasikan kepada objek, peristiwa atau keadaan contohnya memberi markah.

Penilaian ialah proses membandingkan data (pengukuran) kepada satu standard @ kriteria dengan tujuan menentukan kualiti atau nilai harganya.

Teknik Memupuk Pemikiran Analitikal dan Kreatif

sebelum memulakan pembelajaran minggu ini, kami membuat perbincangan dalam kumpulan tentang kaedah pembelajran yang telah kami pelajari sebelum ini iaitu:

  • Pembelajaran Inkuiri
  • Pembelajaran Berasakan Pemikiran(Thinking Base Learning)
  • Pembelajaran Berasaskan Masalah( Problem Base Learning)
  • Pembelajaran Koperatif
  • Pembelajaran Berasakan Projek(Project base Learning)

1. Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah satu kaedah pembelajaran yang dimulai dengan satu persoalan utama dan memerlukan pelajar merancang, menyiasat, menganalisis data, menjawap soalan dan berkongsi maklumat.

2. Pembelajaran Berasakan Pemikiran ialah satu kaedah pembinaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis secara terus atau eksplisit

3. PBL ialah pembelajaran yang dimulakan dengan satu masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan mempunyai beberapa penyelesaian

4. Pembelajaran Koperatif ialah pembelajaran yang memerlukan pelajar bekerja dalam kumpulan yang dibahagikan secara heterogenous untuk mencapai matlamat yang sama berasaskan 5 prinsip pembelajaran koperatif iaitu saling bergantungan secara positif, akauntabiliti atau penanggungjawaban individu, interaksi bersemuka, pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit, pemprosesan kumpulan.

5. Pembelajaran berasaskan projek ialah kaedah pembelajaran dimana pelajar melakukan projek dan menghasilkan produk

Maksud Pemikiran:

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Pemikiran analitik merupakan satu operasi kognitif yang memerlukan kita melihat sesuatu butiran secara mendalam dan terperinci

Pemikiran Kreatif
  • Kecekapan menggunakan minda untukMenjana dan menghasilkan idea
  • Mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
  • Menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah

Kaedah analogi diguna untuk membina jambatan konsep untuk pelajar bagi menghubungkan apa yang diketahui (konsep analog) dengan apa yang baru (konsep target).

Terdapat 6 langkah utama dalam Model Pengajaran dengan Analogi (Glynn, 1995)
  1.  Perkenalkan konsep target
  2.   Ulang kaji konsep analog
  3. Kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog
  4.   Petakan ciri yang serupa
  5. Tunjukkan di mana analogi tidak lagi sepadan
  6.  Buat kesimpulan 


Contoh analog dan target:
Solar System (Analog)
Atom (Target)
Sun
Nucleus
Planets
Electrons
Sun attract Planet
Nucleus attract electron
Sun is more massive than planet
Nucleus is more massive than electron